Pembabitan Awal Ebby_Saiful

Ebby yang dilahirkan pada 1959 merupakan anak kepada komposer Ali Ahmad dan aktres Norsiah Yem.[1] Beliau juga cucu kepada aktres Minah Yem. Beliau merupakan bapa kepada Erin Adrina Salsatila dan Endra Edrian Saifullah dan suami kepada, Marini Ahmad. Ebby memulakan 'kariernya' sebagai pelakon ketika berusia sembilan tahun dalam filem Asmara Kirana yang diterbitkan pada 1968. Pun begitu, sebenarnya beliau sudah mula berlakon ketika umur tiga tahun sebagai pelakon ekstra kanak-kanak dalam filem Raja Bersiong (versi Hitam Putih) pada awal 1960an. Pengarah Nas Ahnaz menawarkan watak Jantan dalam filem Asmara Kirana bersama aktor terkenal Ed Osmera. Walaupun filem berkenaan dikatakan telah menampilkan bakat lakonannya, Ebby tidak berminat untuk terus menjadi pelakon kanak-kanak/remaja kerana lebih meminati bidang muzik seperti yang diwarisi daripada bapanya.